Carta Hati




Pertama kali berpisah dengan keluarga. Hati tidak terlalu gentar sebab... rumah dekat je dengan tempatku belajar sekarang.. Alhamdulillah.. diriku kini sedang menjadi pencinta ilmu dan penimba ilmu kerana diriku cuma insan biasa yang harus sentiasa memberi santapan buat minda.. agar mindaku sentiasa cerdas dan bertenaga.Ku tidak mahu menjadi sebuah tin kosong yang tidak berisi dan tidak memberi manfaat buat insan2 disekelilingku. Ku mula menerjah ruang kamar yang bakal didiami selama 10 bulan. Alhamdulillah. Semua kelengkapan yang disediakan baik kondisinya. Inilah titik permulaan perkenalanku bersama sahabatku dunia dan akhirat Nur Zeffa Khanis, Nuraszniza , Noraina'a Farhin.
Dari sini ku mula mengenali mereka dari pelbagai sudut. Secara faktanya diriku seorang yang kurang bercakap, agak senyap dan boleh dikatakan kalau boom meletop pun ku tidak sedar.
"*zeffa.. mak cik ni dah berpunya. Seorang yang bising dan happy go lucky. Untung la laki dia. Tangan tidak lekang dari fon. Hyper dan suka bergamba. Cantik orangnya dan manis gitu.
Ok. Mak cik yang seterusnya, * niza, seorang yang bijak menuturkan bicara yang indah2. Lihat je la instagram dia. Ayat macam nak buat karangan SPM. Apa2 pun ayat dia memang terbaik dan sentiasa menyentuh dan menambat hatiku. Dia seorang yang sangat baik dah selalu beralah denganku. Almaklumla. Rakan sebilik dia (ku) ni nakal sikit. Memangla tak bising tapi suka jugak kacau orang.orang cik adek ni ayu dan manis orangnya. Untung la siapa yang menjadi sabahatnya.
Seterusnya, *aina. Nak cerita pasal dia ni memang kelakar sikit. Sebab masa mula2 dia masuk 'bilik kitorang' dia la paling senyap. Muka takot2 je tengok kitorang. Hamek ko, sekarang dia la paling bising.
Haha. Ni pun yang berpunya okeyh.
Jumaat, sabtu dan ahad adalah hari berjimba dan konsert sedunia buat kami.. tapi masih dalam kawalan. Tidak berlebihan. Hancur result kitorang nanti. Konsert2 jugak, berjimba2 jugak, tanggungjawab kami sebagai khalifah dimuka bumi ini tidak kami abaikan dan tanggungjawab kami untung merealisasikan harapan keluarga In Shaa Allah akan kami laksanakan sebaik mungkin. Kerana kami sedar dimana posisi kami berada sekarang. Sentiasa bermuhasabah agar menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang In Shaa Allah. Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangai, harumannya sedikit sebanyak akan terkena pada kita. Diorang ni penjual minyak wangi yang dihantar untuk sebarkan haruman yang mekar sepanjang ku menjalani kehidupan sebagai seorang musafir yang sedang mendalami ilmu dan melaksanakan fardhu kifayah disini .
In Syaa Allah akan ku kenang saat manis yang pernah kita tempuhi bersama.
Harap kita akan berjumpa di syurga Firdausi kelak.
Mungkinku tidak mampu mempamerkan isi hatiku melalui tingkah laku, pertuturanku dan reaksiku. Jadi, blog ini menjadi medium bicara hatiku buat rakan sebilik sekalian.

#Melangkah ke dewan pertempuran membawa harapan ibu bapa.
Kali ini, rencana yang tercatat tidak menyebelahiku. Adoi... sakit. Dua2 paper berat. Duhai hati yang gundah gulana tenang lah. Ku panjatkan doa pemilik semesta alam agar ku juga sahabat2 ku lancar, tenang dan diberi petunjuk semasa merangka masa depan meraka dibuku 'masa depan'. Hati tidak pernah berpaling dari ruang yang berkaitan dengan subjek BIOLOGI. Mungkin kerana sifat ingin tahu yang membuak-buak. Dek kerana ciptaan-Nya yang jelas indah dan memukau mata hati saya, mereka,  semuanya. Doa mak, ayah yang tidak putus2 buat anak mereka yang 'tersayang ni' sangat diperlukan. Kalau nak teman masuk dewan peperiksaan sah-sah la 'HARAPAN'. Jadi doa mak ayah, kawan2 la yangku harapkan. Harap saat tangan mengapai isi yang ada dalam sampul post laju nanti dapat mengukir senyuman dibibir korang. Amin. Orang yang hatinya bersih, Allah akan mempermudahkan kefahamannya dalam menuntut ilmu. Dan saya dah jumpa mereka yang macam ni.

"BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan