Wahai@hati: )


Kenapa Harus Ada Rasa Rindu....


Jika rindu bertatah lagi, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum,
Andai rindu ini menarik resah, kepadaMu aku pasrah,
Andai pencarian ini masih belum kutemui,
Ya Allah, damaikanlah hati, kembara cinta ini tidak ku harap bersemi dengan serakah,
Cinta kepadaMu Ya Rahman, destinasi kasih terlaksana,
Kasih diberi, kasih dicari tak sama dengan gerak geri,
Hasil diperolehi, kesan melakar diri, rupanya bayangan duniawi,
kuntuman bungan pada kata-kata yang bukan hakikat, 
seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat,
kening berkerut, minda bertaut,
Biarlah resah menarik sepi,
Biarlah kecewa meratap pergi,
Biarlah kasih mengikat diri,
Ya Muhaimin, kepadaMu aku mengadu,
Serilah taman hati,
bukan pada fikiran tapi pada redhaMu....

Rindu....
Mengapa mesti adanya rindu?
Adakah hadirnya sebagai tanda Sayang dan Kasih pada yang merindui,
Agar kita sentiasa mengingatiNya,
Rindulah pada Yang Pasti,
Pada yang ciptakan rasa RINDU,
yang ciptakan rasa SAYANG...
Ya Allah... ku panjatkan rinduku untuk menemuiMu...
Ya Rasulullah... ku rindu untuk berjumpa denganMu...
Ya Allah... ikhlaskan hatiku merinduiMu dan RasulMu dalam mencintaiMu Ya Allah...
Amin...

Cintailah seseorang itu secara diam-diam,
seperti... kisah cinta suci,
Saidatina Fatimah dan Saidina Ali,
yang akhirnya Allah pertemukan jua.
Sesungguhnya, mereka yang mencintai secara diam itu
sedang BERJIHAD.
Berjihad menentang kehendak diri.
Menundukkan NAFSU HATI...
seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku...

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku,
nescaya...
rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.
Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehkan diriku...
Wahai insan yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku, dan ayah dari anak-anakku,
insan yang menemaiku meniti perjalanan hidupku suatu hari nanti...
aku percaya.. kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu, dan buah hatimu kelak...


Cinta High Class?? Macam mana tu ya??


'Cinta High Class' - adalah cinta yang mendaulatkan Allah nombor 1. cintamu padaku kerana Allah, tuhanMu yang satu, cintamu bermujahadah menahan nafsu..
Cinta kepada bunga..
Bunga akan layu,
Cinta kepada manusia...
Manusia akan berpisah,
Cinta kepada Allah s.w.t. akan abadi. <3
Sambutlah cinta Allah, yang sentiasa dicurahkan buat hambaNya..

Bahagia Yang Sebenar...

Apabila kita menangis kerana Allah,  ketawa kerana Allah, bersyukur kerana Allah dan bersabar kerana Allah.

Itulah bahagia yang sebenar... :)

Wahai pembaca ruangan maya saya...
Niat saya sekadar berkongsi...
Tidak terlintas walau sebesar zarah untuk membangga diri...
apatah lagi mempersembahkan kehebatan diri yang tidak pernah menjadi hak hakiki..

Jujur, setiap kali mendengar mahupun membaca bait-bait perkataan ini.. hatiku akan tersentuh...

Ketika Allah RINDUKAN hambaNya,
Ia akan MENGIRIMKAN sebuah HADIAH YANG SANGAT ISTIMEWA,
melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.
Dalam hadith Kudsi Allah berfirman:
"PERGILAH kepada hambaKu
lalu timpakanlah
UJIAN kepadanya kerana AKU ingin  mendengar RINTIHANNYA."

Subhanallah... :')



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan